Sunday, August 12, 2012

Serbuan Pub: Pengalaman & Realiti Masyarakat Melayu/Islam

Surah al-Nahl ayat 125 

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." 

Hampir dua bulan tidak menconteng blog gara-gara disebabkan kesebukan sebagai oarng yang diberi amanah. Insyallah post kali ini saya akan menceritakan pegalaman mengikut Penguatkuasaan JAIS dalam serbuan di pusat hiburan Klang. 

Tercetusnya peluang untuk saya terlibat dalam penguatkuasaan ini walaupun hakikatnya saya bukan lah prektikal bahagian penguatkuasaan, tapi bahagian dakwah JAIS. Ketentuan Allah menemukan seorang ustaz dari bahagian penguatkuasaan merangkap ketua unit seusai bacaan yassin dan tazkirah dhuha pada setiap hari jumaat di surau JAIS. Pertemuan pertama dengan mengajukan soalan kepada saya dan kawan2 yang lain.."Kamu pelajar prektika ye? nak tak join penguatkuasaan? pergi tangkap khalwat ke? tangkap orang tak puasa ke?.." kami pun dengan sangat-sangat teruja atas pelawaan itu mengiyakan pelawaan itu serta merta tanpa menyedari program2 bahagian dakwah sudah tersusun rapi menjelang ramadhan. Risau bos tidak melepaskan untuk terlibat dengan penguatkuasaan. 

Hampir sebulan menunggu jemputan dari bahagian penguatkuasaan. Akhirnya 8hb kami dikhabarkan bahawa bahagian penguatkuasaan akan ke pub klang untuk serbuan. kami dijemput dan diberi taklimat pada 10hb pagi sebelum bertolak ke Klang pada belah malamnya. 

Kadar peratus untuk mensabitkan kesalahan minum arak dari bidang Kuasa Polis ialah 0.80 iaitu peratusan yang menyebabkan memandu secra bahaya @ memandu dalam keadaan mabuk. peratusan ini digunakan oleh semua orang baik Islam @ bukan Islam. Manakala kadar peratusan untuk mensabitkan kesalahan minum arak dari bidang penguatkuasaan undnag-undang Syariah ialah 0.01 iaitu peratusan yang membuktikan ia minum arak walaupun kadar yang di minum sedikit. maksudnya di sini, dalam undnag2 Islam, minum banyak @ sikit bukan perkiraan, tapi yang menjadi perkiraan ialah bila mana kamu meminum arak, ia dikira bersalah di sisi undnag2 Islam. Ujian air kencing @ ujian nafas dilakukan oleh pihak penguatkuasaan adalah sebagai hujah kuat di mahkamah walaupun pesalah mengakui ia meminum arak. Apatah lagi sebagai bukti bagi pesalah yang tidak mahu mengaku meminum arak. Maka ujian air kencing @ ujian nafas sebagai bukti untuk menjatuhkan kesalahan kepada pesalah. 

bila mana serbuan dibuat, perancangan utk melakukan serbuan bukan la perncangan seperti main batu seremban. Perancangan yang sangat detail, jelas dan penuh strategi. ada yang ditugaskan sebagai risikan, ade yang ditugaskan sebagai frontliner dan sebagainya. saya bukan lah ahli risikan dan orang2 yang berada di frontliner, tapi saya sebagai orang yang paling last akan masuk dalam pub utk membuat ujian nafas terhadap mereka-mereka yang telah ditahan melalui pemerhatian awal iaitu 'botol minuman arak berada di hadapannya'. semua yang berada di dalam pub di beri ujian penafasan baik staff @ pun pengunjung. 

Pengalaman masuk pub memang menakutkan bila mana abang2 penguatkuasaan banyak berkongsi pengalaman dan memberi nasihat. Antara nasihatnya.."korang kalau masuk pub nnt rase nak pitam, loya-loya..keluar terus. takut korang tak biasa bau arak..." Benda ni la yang sangat saya risaukan. di fikiran t'gambar macam mana la bau arak tu. langkah kaki terus dipacu membuka pintu pub dan masuk terus menuju ke Ustaz Joremi Ketua Unit yang ditugaskan untuk membuat ujian penafasan kepada mereka semua. dalam hati, alhamdulilah bau arak yang digambarkan masam mengila tidak lah bau sekuat mana mungkin telah ditutupi dengan bau asap rokok sehingga agak sukar untuk bernafas. Terus membantu ustaz membuat ujian penafasan terhadap pengunjung yang semuanya tertera perkataan Islam di kad pengenalan masing-masing. Ada umur yang dalam 23 ke atas dan ada juga dalam umur 30 tahun ke atas dan semuanya adalah perempuan dan seorang lelaki cina kebarang kalian.

sedang membantu Ustaz Joremi menguruskan seorang pengunjung yang djatuhkan hukuman bersalah kerana meminum arak dan pengakuan yang dibuat, hati saya memandnag sayup ke wajah perempuan itu. mungkin sebaya saya atau mungkin atas sedikit dari saya. dalam hati saya terdetik..."kesiannya dekat dia...." sebab susah sebenarnya orang melayu yang beragama Islam sewenang-wenangnya mengaku meminum arak, first. kedua, dia sangat-sangat memberi kejesama kepada unit penguatkuasaan untuk membuat ujian ke atasnya. hati kecil saya t'rase seperti ada sesuatu yang ingin dia kongsikan. kesian saya bukan pada kesalahan yang dijatuhkan kepadanya tapi kesian saya pada batang tubuhnya. adakalanya ia jadi sebegini bukan atas kehendak dia dan sebab itu Islam menganjurkan agar kita tidak membenci kepada mad'u tapi membenci kepada perbuatan yang diakukannya. dan dia adalah satu-satunya pengunjung yang dijatuhkan hukuman bersalah dari 8 orang tahanan. 

seusai operasi, semua tahanan dipenjarakan di pejabat agama Islam daerah Klang. saya juga memasuki lokap untuk bersama-sama tahanan. mungkin dapat membantu apa yang perlu sedikit demi sedikit. Tibe-tibe perempuan yang dijatuhkan hukuman bersalah ini menyuarakan hasratnya untuk dikaunselingkan. lalu saya dan kawan-kawan yang lain beransur dari lokap dan membiarkan mereka semua bersama seorang staf perempuan. mungkin ada perkara yang ingin dikongsikan. Bagi saya, sekurang-kurangnya mereka menyedari kesilapan mereka pun satu penghijrahan yang cukup baik untuk peringkat permulaan. Moga mereka diberi hidayah oleh-Nya.   
        
Tahniah kepada unit Penguatkuasaan. Saya kira unit dakwah juga perlu menyertai serbuan yang dilakukan sebagai membina spritual mereka. begitu juga unit rnd (mungkin unit sumber manusia) yg perlu membuat penyelidikan yang mendalam asbab dan punca masyarakat Islam hari ini boleh masuk ke pub, pusat judi, spa dan seumpamanya dan penyelidikan terhadap pusat2 pub, judi dan sebagainya. 

seusai makan sahur jam 3.00 pagi, kami kembali semula ke JAIS Shah Alam. dan saya terus menunju ke Masjid Negeri untuk berqiamullai di sana. kelihatan di ruang parking kreta dipenuhi dgn kreta2. Jam tangan menunjukkan pukul 4.00 pagi. subhanaAllah, ramainya manusia. ni belum lagi progrm Munajat perdana bersama Us.Azhar Idrus. Hakikat manusia sekarang sedang mencari hakikat kehidupan sebenar. Maka bantu la mereka dan jangan hukum mereka. pandang ke hadapan dan jangan sedikit pun mengungkit masa lalu mereka. Allahu Akbar!