Friday, April 4, 2014

Merindui Murabbi.....

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى وسلم على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Bicara ini demi Illahi...
Menyingkap kerinduan kepada Murabbi...

Perkenalan bermula disaat berguru dengan Murabbi dalam sebuah daurah pada penghujung tahun 2009 bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Sebelum ini sekadar mendengar nama Murabbi dari keluarga belah umi memandangkan umi berasal dari sekampung dengan Murabbi, Melaka. 

Cara didikan dan sikap Murabbi pada permulaan perkenalan itu cukup mengerunkan diri yang lemah ini. ketegasan Murabbi dalam bab hubungan dengan Allah dan Rasul, keilmuan dan adab sangat merasakan sukar untuk diri mendekati Murabbi. 

Tetapi dalam ketegasan Murabbi tersingkap sifat seorang ayah yang sangat kasih kepada anak-anak dan pelajarnya. Sifat ini membuatkan diri ini cuba untuk mendekati Murabbi berharap Murabbi dapat membimbing hati yang penuh dosa ini. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sehingga insan kerdil ini menyambung pengajian di alam kampus pada penghujung tahun 2010. Di saat ini kurang menghadiri daurah-daurah Murabbi atas faktor jauh dan kesibukan dunia yang dibuat-buat. Dua tahun setengah tidak berdaurah dan bertemu menziarahi Murabbi sekeluarga. Sekadar menghubungi Murabbi dan Ustazah bertanya khabar dari kejauhan, bertanya pandangan, mengadu kesakitan rohani, berbicara seperti seorang anak mengadu kesakitan kepada kedua ibu bapanya. Tanpa daurah dan bersua muka cukup menyeksakan batin ini. Terasa setiap jasad lemah tanpa taujihad dan tausiyah dari Murabbi dan Ustazah secara bersemuka. 

Setelah Allah kurniakan nikmat masa lapang pada tahun 2013, akhirnya aku menjadi insan biasa tanpa jawatan dan amanah yang bertimbun, di saat itu la aku kembali ke saat indah sebelum dua tahun lebih. Disaat itu aku memilih jalan bersendiri setelah sibuk dengan urusan dunia dua tahun lebih. Memilih jalan bersendiri dari manusia kerana kesakitan yang sangat kritikal. Bersendiri bersama Tuhanku disamping pesanan ringkas dari Murabbi dan Ustazah menjadi kekuatan aku untuk kembali kuat. 

"Ustaz doakan moga Nadhiirah menjadi wanita solehah di sisi Allah dan penyejuk mata Rasulullah s.a.w...." 

Titipan doa dari Murabbi ini cukup buat aku mengalirkan air mata. Memberi kekuatan dalaman yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Di saat itu tiada keindahan lain mengatasi keindahan bersama Rabbi sehingga kerinduan memuncak untuk ke Haramain. Memasang azam semesta akhir, semesta untuk jadi yang terbaik. Terbaik dalam hubungan dengan Allah dan Rasul, Menjadi anak yang solehah untuk Umi Abi, Menjadi anak murid Murabbi yang solehah, berjaya dalam pelajaran dan istiqamah dalam perjuangan.

Disaat kerinduan dan keindahan itu bermain dalam kehidupan, disaat itu Allah kurniakan hadiah yang sangat aku nantikan. Mengerjakan Umrah pada saat kerinduan itu hadir.

"Adik, insyaAllah bulan 6 ni kita pergi umrah..." -Abi Tersayang 

Hati melonjak kegembiraan. Tiada ungkapan yang terucap melainkan kalimah puji-pujian kepada Rabbi. Memaklumkan kepada Murabbi detik indah yang sangat dinantikan. Disaat itu terasa kasih sayang Allah, Subhanallah menyelinap laju dalam detik-detik kehidupan. Disaat apa yang aku inginkan, disaat itu Allah makbulkan...Allahurabbi... 

"Ustaz harap ustaz dapat mengenali Nadhiirah sedalamnya. Meh la ziarah ustaz dan ustazah. Boleh Ustaz kenal Nadhiirah..." 

Terkesima seketika. Benar aku tidak pernah bersua muka dengan Murabbi. Aku sangat rapat dengan Ustazah pada permulaan pertemuan pada penghujung 2009. Disaat itu kaedah pengajian daurah di Baitul Qura masih mengunakan pemisah. Jadi tidak hairan seandainya Ustaz-ustaz yang mengajar kitab tidak mengenali pelajar-pelajar muslimat. Disaat aku berdaurah dan menuntut ilmu dengan Murabbi, masih menggunakan pemisah (tirai) ketika pengajian berjalan. Keadaan itu juga menyebabkan aku segan untuk bertegur dan bertanya soalan luar dari kelas pengajian kerana pasti akan bersua muka dengan Murabbi. Bila masuk alam kampus sekadar berhubung dengan Murabbi dan Ustazah sehingga Murabbi meminta untuk menziarahinya. Allahurabbi alangkah kurangnya adab aku dengan Murabbi. 

"InsyaAllah ustaz, ana balik umrah nanti, ana terus ke Baitul Qura...."   

Setelah beberapa hari pulang dari umrah, sehari sebelum Ramadhan, aku bersegere untuk menziarahi Murabbi. Berbicara dengan Murabbi keadaan Haramain dan keinginan untuk sambung pengajian master beserta pondok. Meminta keizinan Murabbi untuk menjadi pelajar pondok BQ. Tetapi Murabbi mencadangkan untuk sambung KUIN bila mana aku ada bertanya pendapat pengajian di KUIN sambil berpondok di Darul Hadis. Perbicaraan itu kelihatan bersahaja tetapi aku bersyukur Allah beri kesempatan berbicara dengan Murabbi secara bersua. dengan insan yang sangat aku kasihi sepertimana aku kasihi kedua ibu bapa aku. Pesanan, taujihad dan tausiyah Murabbi tidak sedikit pun menjauhkan aku dengan Rabbi sebaliknya lebih memperhebatkan lagi sehingga terasa sakit menahan keindahan dan kenikmatan yang aku rasai. Ibarat kerinduan kepada ibu bapa boleh diringi dengan tindakan memeluk, mencium dan seumpamanya. Tapi kerinduan kepada Rabbi dan Muhammad s.a.w tidak dapat dileraikan melainkan Zikrullah dan Salawat.    

Seusai asar hari pertama Ramadhan, di saat aku sedang membaca al-Quran, satu pesanan ringkas aku terima. Pesananannya panjang disebabkan bunyi pesanan ringkas yang bertalu-talu. Tertulis "Satu meseg dari Murabbi Us. Zulkifli". Jauh dihatiku risau, adakah aku ada melakukan kesilapan pada Murabbi sekeluarga?  

Pesanan yang panjang itu aku hayati satu-satu. Perbicaraan tentang pertemua semalam. Berkaitan pengajian master dan seumpamanya. tertulis juga permohonan maaf Murabbi atas pertemuan semalam yang bersahaja. Lalu tidak diduga, mengalir air mata aku di saat membaca....

"Ustaz sebenarnya nak Nadhiirah belajar di Baitul Qura sahaja. Tapi ustaz tidak mahu terlalu memaksa. Ikut kepada Nadhiirah. Ustaz minta maaf juga andai pertemuan semalam ustaz tidak serius. Ustaz sengaja bersikap begitu supaya ustaz boleh mengenali anak murid ustaz ini lebih mendalam...." 

Kalimah "anak murid" itu cukup membuatkan aku berterusan memuji Rabbi. Keinginan untuk mendapat pangkat "anak murid" dari guru yang mursyid bukan suatu yang mudah. Hanya kesyukuran aku panjatkan kepada Allah atas kenikmatan demi kenikmatan yang diberikan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan aku dengan Murabbi sekeluarga menjadi rapat. Terasa bahagia. Sehingga la aku diterima sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah randah dan menengah agama tahfiz. Di saat ini, kesakitan aku kembali semula. Hampir 4 bulan aku tidak menziarahi Murabbi sekeluarga. Hari terakhir aku menziarahi Murabbi pada bulan Disember 2013. Empat bulan tidak bersua mendengar tausiyah dan taujihad Murabbi. Hati ini sangat sakit. Luaran kelihatan bersahaja tapi dalamannya bernanah. 

Sungguh aku tidak suka keadaan ini. Tidak suka kesibukan dunia yang memisahkan aku dengan Rabbi dan Murabbi. Amalan aku ibarat roda. adakala di atas, adakala di bawah. Sungguh keadaan ini sangat menyakitkan dan memeritkan....

Ya Allah,
Aku bermohon...
Janganlah disebabkan kesibukan dunia ini, aku jauh dengan Mu...
Janganlah disebabkan kesebukan dunia ini, aku jauh dengan Murabbi ku...
Janganlah disebabkan kesibukan dunia ini, kurang masa untuk aku menerokai ilmu-Mu...
Janganlah disebabkan kesibukan dunia ini, aku futur di medan perjuangan-Mu...
Janganlah disebabkan kesibukan dunia ini, aku abaikan hubungan sesama keluarga dan sahabat seperjuanganku... 
Aku mohon ya Allah...
Jangan biarkan kenikmatan dan keindahan yang pernah aku rasai terhakis sedikit demi sedikit...
Jangan biarkan hati aku gembira dalam kelalaian dan kemaksiatan kepada-Mu ya Allah...
Aku merinduai hati yang sentiasa bening merindui-Mu dan Muhammad s.a.w dan hati yang bening merintih dosa yang mengunung....  
ya Allah Kau tahu bicara hatiku.... 


Ya Allah rahmati Ibu bapaku dan Murabbi sekeluarga.... T_T 

{hati yang merindui.....} 
    
          

Sunday, February 23, 2014

Merindui teman....

Teman,
Dikala diri ini jauh dengan sang Rabb,
Kau hadir memberi semangat mujahadah.
Dikala diri ini tenang dalam rahmat Illahi,
Kau membiarkan aku bersama Rabb-Ku seakan memahami kerinduaan pertemuan hamba dengan Tuannya ibarat seperti sang anak merenggek-renggek kerinduan kepada ibunya....

Teman,
Dikala ini aku merindui kalam taujihadmu.
Dikala ini aku merindui peneman setia dikala kesakitan menerpa segenap kehidupanku.
Dikala ini aku merindui mujahadah-mujahadmu yang mendorong tindakan aku untuk bersama dalam mujahadahmu...

Tapi,
Keinginan aku hanya berlalu sepi..
Tidak mengetahui ke mana hilangnya teman sejati..
Tidak mengetahu dimana silapnya diri hina ini..
Tidak mengetahui dimana cara untuk aku temui semula teman sejati...

Ya Allah ya Rahman,
Pertemukanlah aku semula dengan teman sejatiku...
Berilah aku kekuatan untuk mencari teman sejatiku...
Berilah aku kesabaran dalam mujahadah mencari teman sejatiku...
Berilah aku ketabahan untuk terus berlari mencari teman sejatiku...

Ya Allah ya Ghaffar,
Ampunilah aku,
Rahmatilah aku,
Pandangilah aku,
Berilah aku kesempatan semula bersama teman sejatiku ya Allah...
Dan jadikan la ia teman sejatiku hingga akhir hayatku....


Ya Allah, aku sangat merindui kenangan itu...

Saturday, January 25, 2014

2013 masih segar dalam ingatan~

Bismillah walhamdulillah,
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Muhammad

Alhamdulillah akhirnya kembali menguatkan diri mencoret semua pengalaman hidup sebagai mufasir ilmu di ruang blog yang terlalu lama menyepi. Moga Allah redha dan beri kekutan berdakwah di laman sesawang ini. Moga Allah pimpin dalam mengatur butir kalam sepanjang perkongisan ini.

Berakhir tahun 2013 bukan bermakna terkubur segala kenangan. Sungguh 2013 permulaan hidup yang sangat indah yang diberikan oleh Allah kpd hamba yang lemah ini. Moga diberi kesempatan berkongsi ilmu yang diperolehi sepanjang 2013. Moga 2014 ini dapat menjadikan aku insan yang istiqamah dan berterusan mencari ilmu tanpa rasa jemu.

Aku harap 2014 adalah kesinambungan dari keindahan 2013....
Ya Allah perkenankanlah~