Friday, June 22, 2012

Ohh no..Setiausaha???

Post kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya ketika menjadi setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu pada zaman Kepimpinan Saudara Muhammad Azan Safar dan Saudari Suhazlinda sesi 2010/2011. .

Saya mendapat msg personal dari Timbalan Pengerusi Tarbiyah, Ukhti Suhazlinda menyatakan pelantikan saya sebagai setiausaha LTQ. Dalam fikiran..."aduh nape aku. da la dalam banyak2 senarai ajk, setiausaha paling aku menyampah dan tak minat...emmm" 

Pepatah ada menyatakan ikut hati mati. Dalam fikiran saya..."kalau aku tolak boleh tak? tapi kesian pulak dekat LTQ. Hmmm...masalahnya aku tak minat s/u. tapi tak pe la, jgn ikut hati sangat. ikut hati mati. try utk cabar potensi diri..." ----> akhirnya saya terima jawatan sebagai s/u LTQ. 

Tapi jujur saya cakap. saya bukan jenis suka menulis apatah lagi membuat laporan, fwd msg, uruskan hal berkaitan surat menyurat dan sebagainya. Saya bukan jenis yang sekadar duduk, mendengar, mencatat dan menaip. Tapi saya jenis suka bersahaja dalam berfikir. saya suka berfikir. saya suka merancang. saya suka mencipta sesuatu yang baru. Dan hasil dari tindakan saya, ketua saya mengagihkan jobskop tugasan antara saya dan timbalan s/u saya. Saya hanya ditugaskan sebagai pemikir dan pemantau kepada timbalan saya manakala timbalan saya fokus kepada hal-hal penulisan, laporan, surat menyurat dan sebagainya. ----> enjoy! :) 

Pada saat itu la saya menggunakan sehabis baik peluang sebagai s/u dengan berbekalkan pengalaman LTQ yang sedia ada walaupun tidak banyak dan dengan minat saya dalam menghasilkan sesuatu yang baru, maka tercipta lah manual format laporan s/u yang saya reka untuk kemudahan maklumat yang diperlukan oleh LTQ hasil tunjuk ajar sahabat baik saya Mohd Hanif Mohd Nor yang sangat-sangat berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan.

Dari awal pelantikan saya selaku s/u LTQ hingga lah saat akhir memegang amanah sebagai s/u LTQ, hanya sekelumit kecil sahaja usaha yang saya berikan iaitu sebagai seorang pemikir. Tapi alhamdulilah berkat terima amanah ini, dari tidak minat bidang kesetiausahaan, sekarang mula minat kepada bidang kesetiausahaan. saya syorkan kepada setiausaha-setiausaha yang di luar sana, yang tidak minat bidang kesetiausahaan, terima lah tugasan ini dengan ikhlas dan laksanakan lah tugasan ini mengikut minat anda. Andai anda seorang pemikir dan minat mencipta sesuatu yang baru, maka aplikasikanlah minat itu dalam tugasan yang diberikan. 

Bagi saya, setiausaha ini perlu ada 3 minat iaitu;

1. minat berfikir
2. minat menulis 
3. minat pegang handphone ----> ngeh3x :) 

Bagi saya, andai seseorang s/u itu tidak mampu menjadi pemikir tegar, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi penulis tegar. Andai ia tidak mampu menjadi penulis tegar, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi setiusaha yang sangat setia mengingati ketuanya dan menyampaikan maklumat-maklumat ringkas melalui SMS (senang cakap yang rajin pegang hand phone & sentiasa ada kredit dalam handphone) ---> (^^)v

Kata-kata akhir saya untuk anda kususnya setiausaha organisasi;

"Tidak banyak perkara yang dapat membuat hati ketua tertinggi tertawan dengan cepat selain melihat pekerjanya bersikap pantang menyerah semasa bertugas" 


No comments:

Post a Comment