Saturday, June 9, 2012

"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"

    


Smart Think Corner merupakan blog saya kedua yang tercetus rentetan daripada kesedaran saya untuk berkongsi pengalaman hidup saya sepanjang bergelar student, pemimpin, pengikut, cara pemikiran, cara pengurusan dan beberapa cara yang menjadi bidang dan minat saya. Strictness in Softness pula bermaksud Ketegasan dalam Kelembutan yang menjadi lumrah pejalanan hidup saya sepanjang memegang tapuk kepimpinan dari alam pra-universiti hingga ke alam universiti sebenar. Bagi saya ketegasan perlu untuk menaikan karismatik seseorang pemimpin. Untuk mengetahui ciri-ciri karismatik seorang pemimpin? nantikan tesis saya yang bertajuk "Karismatik dalam Kepimpinan Mahasiswa" :) 

Memandangkan semua mahasiswa berada dalam fatrah final exam, maka post pertama yang akan saya bicarakan iaitu berkaitan "Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"

Ramai student kampus khususnya yang beragaa Islam menjadikan kata-kata ini sebagai pelonjak semangat diri atau sebagai pemujuk di saat apa yang dirancang tidak menjadi. Saya amat setuju andai setiap muslim merasakan bahawa kita perlu merancang dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Walau bagaimanapun ia menjadi satu kesalahan atau kepelikan bila mana...

1. Kita merancang tetapi tidak berusaha ke arah perancangan 
2. Kita berusaha/bertindak tanpa ada perancangan yang nyata 

Bila mana perancangan tadi tidak berjaya, maka denggan selamba ia mengatakan "Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"  Menjadi kepelikan disini saya yakin Allah merancang, tapi dalam hal di atas, bila kite tidak berusaha ke arah perancangan apa ntah lagi merancang ke arah usaha yang kita ingin capai, dimanakah yang dinamakan "Kita Merancang"? 

Jadi di sini saya menyarankan agar sahabat-sahabat mulakan setiap usaha dengan perancangan dan laksanakan perancangan yang di rancangkan kerana jika setiap perbuatan dimulai dengan niat, niat itu la terhasil dari perancangan yang di rancang. Dan saya yakin setiap perancangan itu mesti mengharapkan natijah akhirnya keredhaan dari-Nya. Saya tidak hairan lah sekirannya kita tidak merancang apa ntah lagi berusaha ke arah perancangan yang dirancang, lalu tidak beroleh apa yang diharapkan kerana jelas dalam surah al-Ankabut mengatakan tiap-tiap usaha manusia, manfaatnya kembali kepada dirinya sendiri. 


Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. 


Rentetan dari bebelan di atas, di sini saya sertakan beberapa strategi pecutan terakhir yang kebiasaan saya buat sebelum melangkah ke dewan peperiksaan esok hari. Cth: Subjek Maharat 

1. Letak target markah yang kita mampu capai 
2. Cek list markah yang telah diperolehi 
3. kenal pasti bentuk soalan yang kita yakin blh dapat full mark
4. Andai tidak cukup persediaan yang dilakukan, cukup usaha mengikut target markah yang berbaki. 

Cth: 

1. Target markah 75% (Target bersesuaian dengan masa yang berbaki, komitmen yang ada, sejauh mana penguasaan tajuk, sejauh mana kemampuan yang ada) 

2. Cek list markah 
     2.1 Kuiz 1 - 10/10 
     2.2 Mid Test - 25/30 
     2.3 Buku - anggaran 7/10 
     2.4 Video - anggaran 7/10 
     2.5 Markah Ustaz/ah - anggaran 7/10
     2.6 Final - ?/30 
*anggaran walaupun yakin dapat full mark, tapi letak lah minimam dari tahap yakin :) 
jumlah yang InsyaAllah ada di tangan 56. 

3. Hadam bentuk soalan yang kita yakin dapat full mark or mampu kita jawab 

4.  target 75%. markah di tangan 56. lagi 19 markah untuk capai target. m
aka usaha la mengikut markah target. tapi andai dapat kuasai bentuk soaan, InsyaAllah semua mudah. 


Ini lah antara cara untuk saya atur kejayaan saya. Komitmen yang sedia ada tidak menjadi penghalang kepada saya untuk mengukir senyuman di wajah kedua ibu bapa saya. Dan doa yang sentisa bermain di fikiran saya..."Ya Allah jangan kegagalan aku ini menjadi fitnah kepada jemaah. Jangan kegagalan aku ini menjadikan orang berpandangan negatif kepada persatuan Islam Ikata Studi Islam UKM. Jadi aku b'mohon diberikan kemudahan dalam menempuhi ujian dunia ini ya Allah.." 

Moga tips yang sedikit ini, mampu menghilangkan kerisauan dan kecemasan sahabat-sahabat saya untuk menempuhi peperiksaan akan datang. Semoga beroleh apa yang di  rancang. Siru 'ala barkatillah. Bittaufiq wa najah! :)   


 ...Allah tu tidak zalim. Siapa berusaha, ia perolehi bezanya banyak dan sikit. Sebab itu orang yang mungkin senasib dengan saya, disebukkan dengan perkara lain, perlu ada  perancangan dan strategi untuk tergolong dalam golongan orang yang berusaha. Janji Allah itu pasti. Man Jadda wa Jadda :) moge usaha yg sedikit ini di nilai di sisi Allah. 

"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin" 





:: Siapa Aku Tanpa Islam :: 

1 comment: